31 Ogos 2012 merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki ke menara gading iaitu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Jantung saya berdegup kencang ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Universiti Malaysia Kelantan. Sebelum ini saya hanya mendengar bagaimana keseronokkan ketika menuntut di universiti. Namun sekarang ini berbeza kerana saya sendiri yang menjalani kehidupan di universiti dan bergelar mahasiswa. Kini tibalah giliran saya untuk menceritakan pengalaman saya ketika menuntut di universiti. Saya berasa sangat gembira kerana telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Kelantan. Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke menara gading merupakan pengalaman yang cukup manis untuk dikenang. Minggu pertama di UMK merupakan minggu mesra mahasiswa di mana setiap mahasiswa dan mahasiswi diwajibkan untuk menyertai program ini. Program ini boleh dikatakan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai suasana universiti dan pengenalan kepada universiti UMK. Pada hari pertama program tersebut kebanyakkan pelajar tidak menunjukkan minat kerana segelintir daripada pelajar masih teringatkan kampung halaman mereka dan kini terpaksa berjauhan dengan keluarga masing-masing. Namun semua itu berubah dengan penyertaan pelbagai program yang dianjurkan pihak universiti.
Dengan berakhirnya minngu 3M maka bermulalah kehidupan saya sebagai seorang mahasiswa baru di UMK. Pada mulanya saya berasa agak kekok dengan keadaan di UMK kerana kebanyakkan aktiviti yang saya lakukan semasa di tingkatan 6 dahulu semuanya diawasi dan diperhatikan oleh guru-guru. Tetapi keadaan ini berubah apabila saya mula menuntut di UMK. Semua perkara yang kita lakukan hendaklah di atas usaha sendiri tanpa pertolongan daripada orang lain. Pada hari pertama memulakan kuliah saya terpaksa bangun awal iaitu pada pukul 7 pagi kerana takut kehabisan air untuk mandi pagi kerana di tempat tinggal para pelajar ada masalah air yang agak serius. Sebenarnya waktu bangun untuk pelajar di sini bergantung kepada seseorang pelajar itu dan ini berbeza dengan seperti di sekolah menengah dulu di mana kita terpaksa bangun awal terutamanya bagi pelajar asrama. Pada hari pertama kuliah saya berjumpa dengan pelbagai rakan-rakan yang berbeza kaum, agama, bangsa dan tempat tinggal yang berbeza. Pada hari tersebutlah saya berjumpa dengan beberapa orang yang sama berasal dari Sarawak seperti saya. Walaupun berbeza latar belakang namun semua rakan sekuliah saya semuanya peramah. Mereka tidak keberatan untuk memberitahu saya sesuatu yang saya tidak biasa lakukan.

Sekarang sudah hampir sebulan lebih saya menuntut di UMK. Saya telah dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru ini. Saya berusaha untuk melakukan semua ini kerana tempoh pengajian saya di sini masih panjang iaitu selama 4 tahun. Setiap perkara yang saya lakukan di sini semuanya berdasarkan usaha sendiri tanpa pertolongan orang lain dan begitu juga sebaliknya. Semua pelajar di sini harus berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain jika ingin berjaya. Saya telah menetapkan azam saya iaitu untuk membawa sugulung ijazah jika saya balik dalam masa empat tahun akan datang dan ingin membuat keluarga saya bangga dengan kejayaan saya.
terbaiikkkk bro..
ReplyDelete..anak iban tok x k d x mu....
Delete.ahahahahaa
semestinya pantang menyerah.. go anak IBAN!!!
ReplyDeletego!!! go!!!! go!!! go!!!! power rangers!
DeleteHahak..4 years is just a short period..it moved faster than u thought..
ReplyDeletebuat la banyak2 entry...
kasi follow blog sya aa..
http://thepureheartoftheemptysoul.blogspot.com/
tidakkk masalah air ke>? huhu
ReplyDeletehttp://PocketMoneyCash.com/?ref=3335
ReplyDeletehttps://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I
ReplyDeleteWeb: almawaddah.info
Salam wa rahmah
Kepada;
Para akademik, para rektor universiti dan para mufti yang dimuliakan.
Tan Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan yang dimuliakan
Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam dan hukum syarak oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" bagi tujuan kajian dan renungan.
Sila layari laman: almawaddah.info
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
Terima kasih.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.