Monday 17 December 2012
















Interior design describes a group of various yet related projects that involve turning an interior space into an "effective setting for the range of human activities" that are to take place there.[1] An interior designer is someone who conducts such projects. Interior design is a multifaceted profession that includes conceptual development, liaising with the stakeholders of a project and the management and execution of the design.

Interior design as carried out in the US is an almost entirely different practice to that carried out in the UK. This article describes interior design that relates mainly to the US.






PAINTING

Painting is the practice of applying paint, pigment, color or other medium[1] to a surface (support base). The medium is commonly applied to the base with a brush but other implements, such as knives, sponges, and airbrushes, can be used. In art, the term painting describes both the act and the result of the action. However, painting is also used outside of art as a common trade among craftsmen and builders. Paintings may have for their support such surfaces as walls, paper, canvas, wood, glass, lacquer, clay, leaf, copper or concrete, and may incorporate multiple other materials including sand, clay, paper, gold leaf as well as objects.

Painting is a mode of creative expression, and the forms are numerous. Drawing, composition or abstraction and other aesthetics may serve to manifest the expressive and conceptual intention of the practitioner. Paintings can be naturalistic and representational (as in a still life or landscape painting), photographic, abstract, be loaded with narrative content, symbolism, emotion or be political in nature.


A portion of the history of painting in both Eastern and Western art is dominated by spiritual motifs and ideas; examples of this kind of painting range from artwork depicting mythological figures on pottery to Biblical scenes rendered on the interior walls and ceiling of The Sistine Chapel, to scenes from the life of Buddha or other images of eastern religious origin.

sketching










Monday 8 October 2012

KEHIDUPAN SEORANG MAHASISWA







 31 Ogos 2012 merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki ke menara gading iaitu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).  Jantung saya berdegup kencang ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Universiti Malaysia Kelantan.  Sebelum ini saya hanya mendengar bagaimana keseronokkan ketika menuntut di universiti.  Namun sekarang ini berbeza kerana saya sendiri yang menjalani kehidupan di universiti dan bergelar mahasiswa.  Kini tibalah giliran saya untuk menceritakan pengalaman saya ketika menuntut di universiti.  Saya berasa sangat gembira kerana telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Kelantan.  Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke menara gading merupakan pengalaman yang cukup manis untuk dikenang.  Minggu pertama di UMK merupakan minggu mesra mahasiswa di mana setiap mahasiswa dan mahasiswi diwajibkan untuk menyertai program ini.  Program ini boleh dikatakan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai suasana universiti dan pengenalan kepada universiti UMK.  Pada hari pertama program tersebut kebanyakkan pelajar tidak menunjukkan minat kerana segelintir daripada pelajar masih teringatkan kampung halaman mereka dan kini terpaksa berjauhan dengan keluarga masing-masing.  Namun semua itu berubah dengan penyertaan pelbagai program yang dianjurkan pihak universiti.
Dengan berakhirnya minngu 3M maka bermulalah kehidupan saya sebagai seorang mahasiswa baru di UMK.  Pada mulanya saya berasa agak kekok dengan keadaan di UMK kerana kebanyakkan aktiviti yang saya lakukan semasa di tingkatan 6 dahulu semuanya diawasi dan diperhatikan oleh guru-guru.  Tetapi keadaan ini berubah apabila saya mula menuntut di UMK.  Semua perkara yang kita lakukan hendaklah di atas usaha sendiri tanpa pertolongan daripada orang lain.  Pada hari pertama memulakan kuliah saya terpaksa bangun awal iaitu pada pukul 7 pagi kerana takut kehabisan air untuk mandi pagi kerana di tempat tinggal para pelajar ada masalah air yang agak serius.  Sebenarnya waktu bangun untuk pelajar di sini bergantung kepada seseorang pelajar itu dan ini berbeza dengan seperti di sekolah menengah dulu di mana kita terpaksa bangun awal terutamanya bagi pelajar asrama.  Pada hari pertama kuliah saya berjumpa dengan pelbagai rakan-rakan yang berbeza kaum, agama, bangsa dan tempat tinggal yang berbeza.  Pada hari tersebutlah saya berjumpa dengan beberapa orang yang sama berasal dari Sarawak seperti saya.  Walaupun berbeza latar belakang namun semua rakan sekuliah saya semuanya peramah.  Mereka tidak keberatan untuk memberitahu saya sesuatu yang saya tidak biasa lakukan.
Semakin hari saya semakin dapat menyesuaikan diri dengan suasana di universiti.  Begitu juga dengan jadual kuliah yang agak padat, saya cuba untuk membahagikan masa untuk melakukan aktiviti riadah untuk menenangkan fikiran kerana setiap minggu sudah pasti assignment akan bertambah.  Oleh sebab itu saya telah membuat jadual belajar sendiri untuk memastikan saya mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan tugasan saya dan juga mempunyai masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain.  Apabila tiba masa kuliah saya akan turun awal untuk mengelakkan lewat kerana pensyarah akan mengambil tindakan kepada pelajar yang lewat.  Kuliah juga tempat saya berjumpa dnegan kawan-kawan kerana selain daripada waktu kuliah kebanyakkan daripada mereka melakukan aktiviti masing-masing.  Perbincangan dalam kumpulan juga merupakan salah satu aktiviti yang saya suka kerana di situlah tempat setiap pelajar bertukar-tukar pendapat dengan ahli kumpulan masing-masing.
Sekarang sudah hampir sebulan lebih saya menuntut di UMK.  Saya telah dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru ini.  Saya berusaha untuk melakukan semua ini kerana tempoh pengajian saya di sini masih panjang iaitu selama 4 tahun.  Setiap perkara yang saya lakukan di sini semuanya berdasarkan usaha sendiri tanpa pertolongan orang lain dan begitu juga sebaliknya.  Semua pelajar di sini harus berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain jika ingin berjaya.  Saya telah menetapkan azam saya iaitu untuk membawa sugulung ijazah jika saya balik dalam masa empat tahun akan datang dan ingin membuat keluarga saya bangga dengan kejayaan saya.